DariMataHatiku

DariMataHatiku

Clik!!Clik!!Clik!!!

Sunday, April 10, 2011

The Most Amazing Trailer EVER!- Kung Fu Panda 2


Different kind of tailer ever: Creative and Entertaining!


Film in 3D
MaY 2011

10 Richest Malaysians 2011


Salam, this is the list of 10 Richest Malaysians from BUSINESS Magazine Feb 2011.


1. Robert Kuok Hock Nien, 87
    Chairman of Kuok Group & Kerry Group
    RM 50.04 Billion


2. T. Ananda Krishnan, 72
    Founder of Usaha Tegas Sdn. Bhd
    Maxis
    Astro All Asia
    RM 45.78 Billion


3. Tan Sri Teh Hong Piow, 81
    Chairman of Public Bank Sdn. Bhd
     RM 12.78 Billion


4. Tan Sri Lee Shin Cheng, 72
    Executive Chairman of IOI Corp. Bhd
    RM 12.74 Billion


5.Tan Sri Lim Kok Thay, 59
   Chairman and Chief Executive of Genting Group Bhd.
    RM 10.90 Billion

6. Tan Sri Quek Leng Chan, 68
    Executive Chairman of Hong Leong Group
    RM 10.75 Billion


7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 60
    Founder of Albukhary Foundation
    RM 8.84 Billion

8. Puan Sri Lee Kim Hua, 82
    Matriarch og Genting Group
    RM 7.43 Billion
9. Tan Sri Tiong Hiew King, 76
    Executive Chairman of Rimbunan Hijau Group
    RM 4.77 Billion

10. Ong Beng Seng, 65
      Co-Founder & Managing Director of Hotel Properties Ltd (Singapore)
      RM 3.99 Billion

Monopoly by 8 Malaysian Chinese.  Well done!

No doubt with the success of 10 most richest businessmen in Malaysia. However, Malaysians still need HELP, think about it.

Sunday, April 3, 2011

Kemana Kasih Sayang Seorang Guru Jika Anda Seorang Pembunuh!?


Laporan hari ini yg semestinya mengecewakan seluruh warga guru di Malaysia jika guru yg dituduh membunuh seorang pelajar tersebut bersalah.

Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star hari ini.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lepas.

Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata suspek yang juga penyelia asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada pukul 1.40 pagi Jumaat.

"Saya dapat panggilan dari seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas tu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.

Hazirah berkata dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.

"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup," katanya.

"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," tambahnya.

Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.

"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya.

Saiful Sopfidee berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada pukul 8 pagi pada hari Jumaat bahawa Saiful Syazani dimasukkan ke hospital kerana dipukul orang.

Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang Jumaat.

sumber: Malaysiakini.com

ini pula sumber dari Berita Minggu
ARAU: Seorang murid sekolah agama di sini yang juga anak yatim dipercayai dibelasah seorang guru tanpa belas kasihan dalam keadaan dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga mangsa koma dalam kejadian tiga hari lalu.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, diperlakukan guru lelaki berusia 26 tahun yang juga warden asrama sekolah agama itu selepas dituduh terbabit dalam beberapa kes kecurian wang.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 7 malam Khamis lalu selepas mangsa dibawa guru berkenaan ke bilik sebelum dua tangannya diikat dan disoal siasat berhubung insiden kecurian.
Mangsa dikatakan merayu dilepaskan tetapi tidak diendah dengan guru terbabit didakwa terus memukul dan menyoal siasat sehingga kanak-kanak itu diserang sawan dan terus pengsan.

Guru itu yang panik kemudian mendapatkan bantuan rakan setugasnya sebelum mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar kira-kira jam 1.40 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika dihubungi, berkata Saiful Syazani yang tidak sedarkan diri akibat masalah jantung dan pendarahan otak kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pediatrik.

“Sebaik menerima laporan bapa mangsa, polis menggerakkan usaha memburu suspek sebelum lelaki itu menyerah diri di Balai Polis Arau, petang semalam (kelmarin) dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah," katanya.
Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8 malam kelmarin, dia bergegas ke HSB dan terkejut melihat tubuh anaknya penuh kesan lebam dengan muka bengkak dan lebam pada mata kiri serta pipi selain melecet pada tangan kiri.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku dan mahu mereka yang terbabit dihadapkan ke muka pengadilan," katanya yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Jitra.

Katanya, Saiful Syazani yang tinggal bersama keluarga angkat di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006, seorang yang pendiam.
 

Saturday, April 2, 2011

Sebab Kenapa Perlu Peperiksaan Akhir Semester Dimansuhkan


Salam sejahtera kpd suma pmbaca..haha, aku tgh dalam keadaan yg blurrrrr..biasalaah, tgh dalam waktu final exam nie..time2 mcm nie laaa rasa menyesal sbb x bg full-attention masa dalam kelas dulu..huhu, maafkan saya wahai Madam.. :P

so, aku dari dulu lg x pernah nak phm sistem peperiksaan yg diamalkan oleh hampir kesemua univesiti di atas muka bumi nie..aku pernah jgk ajukan soalan nie kpd lecturer kenapa perlu adakan sistem peperiksaan..jawapan selamat diberikan adalah untuk menguji tahap kefahaman pelajar sepanjang semester..

hahaha, lawak2, apasal x uji sepanjang semester tue berjalan, knp perlu tunggu akhir sem?pikir2 balik, kadang2 final exam nie bt orang tmbahkn dosa jeee :)hehe, x semua laaaa..


bagi aku pelajar2 yg belajar pd final exam nie kebanyakkan mereka menghafal, bukan memahami..termasuk jugak aku, yela, lasy minit punya study,,huhu,normal laa kan?tapi tahap kefahaman student masih lg rendah berbanding tahap penghafalan mereka..nak salahkan sape?student?xbooleh jgk sebab kitorang akan wat apa cara sekalipun asalkan lulus (yang halal laa)..xkan nak salahkan pensyarah2 plak? dorang ikut sistem yg diaturkan oleh pihak administration masing2 jee...huhu


nie terpulang kpd fahaman masing2..stp org ada pandangan masing2..bg aku, final exam x perlu diteruskan sebab exam x 100% menguji tahap fahaman setiap pelajar malahan mengajar pelajar untuk menghafal..pelajar2 akan dilahirkan kelak akan menjjadi?HuFFAZ?fuhhh, xkan ada lagi genius pd masa akan dtg...

final exam sepatutnya digantikan dengan "field work", kerja kursus, pembentangan,kuiz dan sbgnya..xperlu untuk tunggu final exam untuk bg full mark utk subject tersebut..

angan2 jeee agaknya..huhu :P

Friday, April 1, 2011

Blog Pentas Menjadi Popular?

SAlam sejahtera,
haha, aku pun baru lg dalam bidang nie, so nak komen panjang2 pasal nie ssh jgk kan..al-maklum laa, baru merangkak..terdetik nak wat blog sbb banyak perkara, tetapi xpernah terlintas nak jadi popular seperti Abang NAra or Mummy Merah. huhu, aku cuma nak gunakan landasan nie untuk mencurahkan isi pandangan otak aku yg lama terpendam..

Walaubagaimanapun, ada jgk sesetengah blogger mmg niat dorg untuk menjadi famous..blog yg mna?korg pandai laa cari..xelok plak nak kondem org ari2 jumaat nie..huhu,sabo jee laaa..famous dari segi apa?biasa laa, kalauyg ada muka tue jual la muka kan, kalau ada bakat tue aku respect habis..huhu..so apa mcm?teringin jadi blogger yg famous?dapat masuk suratkhabar, majalah, tv? terpulang kpd pandangan sisi masing2 laa..

Nak jadi popular boleh, tp jgn smpai lupa kpd tggjwb masing2 ye, sbg seorang pelajar, ibu, bapak, abg, anak, pekerja, majikan dan seorang pemain bola, apakah?>haha

kenangan bersama Abg Nara dan tunang beliau  :)