DariMataHatiku

DariMataHatiku

Clik!!Clik!!Clik!!!

Friday, January 14, 2011

Mohd Shahrizal-Selamatlah Engkau Di Sana

Salam,
AL-FATIHAH........
pukul 3.35 pagi tadi aku dapat SMS dari sahabat aku yang menyatakan bahawa sahabat baik aku-Mohd Shahrizal telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan..sayu sangat hati aku sebab arwah memang seorang sahabat yang baik..aku xpernah tengok dia marah, xpernah tengok dia sedih..arwah selalu buat kami semua kawan2 dia ketawa jee selalu..periang, tue laa sifat arwah yang paling susah aku nak lupakan..



Kali terakhir aku jumpa arwah masa sama2 pergi beraya rumah cikgu Suria, cikgu Emzakiah..setepat lagi kali terakhir aku jumpa masa sama2 nak pergi beraya rumah cikgu Rosli, tapi aku x berkesempatan pergi sebab2 tertentu..
Terkilan sangat dengan kehilangan seorang sahabat yang baik..


Selamat tinggal sahabat ku Mohd Shahrizal

Wednesday, January 5, 2011

Kisah seorang Penjaga Gol


Salam semua,
 masih panas lagi dengan kejayaan Malaysia menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010. Bagaimana dengan kejayaan anak K.Rajagopal nie??menarik bukan..setelah hampir 14tahun menunggu piala nie dan selepas 3 tahun menunggu untuk merangkul piala selepas kali terakhir ialah Piala Pestabola Merdeka pada 2007. Ramai bintang-bintang baru yang menyerlah dalam kejohanan kali ini. Sebagai contoh muslim Ahmad, Norshahrul Idlan, Safee Sali, dan yang paling menyerlah ialah penjaga gol paling muda negara iaitu Khairul fahmi Che Mat (Apex).

Kejayaan beliau menahan sepakan penalti oleh Firman Utina ketika perlawanan akhir kedua di Gelora BungKarno menjadi titik tolak kemahsyuran beliau dalam bidang bolasepak.
Tetapi, apa yang dibimbangkan ialah setiap manusia tidah akan hanya selamanya di atas. Hidup macam roda juga, kadang2 kita akan jatuh juga.
Sebagai contoh. apa yang terjadi kepada Helmi Eliza, penjaga gol pasukan negara dan bekas pemain Malaysia. ketika perlawanan menentang Vietnam, beliau melakukan kesilapan 'budak sekolah'. Dan selepas itu, beliau tidak lagi dipanggil manyarung jersi kebangsaan.



Aku pun seorang penjaga gol bagi pasukan UIAM dan HS United. Aku memahami perasaan Apex di saat zaman kegemilangan beliau. Tetapi bila seorang penjaga gol akan melakukan kesalahan mudah maka mereka akan disalahkan dan kadang kala sampai dipulaukan oleh rakan sepasukan. Sampai bila mentaliti macam nie akan berada dalam minda setiap pemain bolasepak. Penjaga gol juga seorang manusia. Membuat kesalahan mudah adalah adat dalam permainan. kami akan dipersalahkan jika melepaskan gol dan jarang kesalahan itu diajukan kepada pemain lain terutamanya penyerang kerana tugas mereka unutk menyerang. Tetapi, dalam bolasepak, pertahanan, pemain tengah, mahupun pemain penyerang bertanggungjawab untuk mengawal gawang mereka dari dibolosi lawan.


berkenaan dengan kesalahan BODOH ala2 BUDAK SEKOLAH, penjaga gol utama DUNIA sekalipun membuat silap..Edwin Van Der Sar, Pepe Reina, David Seaman, Ferbian Barthez, Petr cech, Buffon dan ramai lagi membuat kesilapan2 yang x sepatutnya. Apatah lagi bagi kami yang belum bergelar profesional.
Tetapi, hanya seorang penjaga gol yang aku belum nampak kesilapan yang BODOH dari beliau, beliau ialah Iker Casillas
Kami sebagai penjaga gol akan melakukan sebaik mungkin di setiap perlawanan yang kami main.