DariMataHatiku

DariMataHatiku

Clik!!Clik!!Clik!!!

Tuesday, November 30, 2010

Perkasakan keTUANan ISLAM




Salam semua,

Korang sihat ke? Perkembangan kesihatan aku semakin baik, jahitan appendix aku pun dah dibuka semalam, tapi saying sebab ada ‘slightly gapping’ plak kat jahitan tue..so, aku kena laaa a wat ‘daily follow up’ kat klinik berhampiran..

Baiklah, berdasarkan entri kali nie, apa korang rasa??aku bukan nak menderhaka kepada sultan Selangor tapi bagi aku masing2 ada pandangan masing2..aku berada di pihak x berkepentingan, sebab tue aku pandang benda nie dari segi lain..

Kenapa perlu bangga jadi Melayu? Sedangkan itu hanyalah identiti pinjaman sahaja..yang kekal adalah identiti ISLAM..korang x bangga jadi ISLAM??memang x dinafikan orang barat banyak mengangkat keistimewaan melayu, tanah melayu dan sebagainya berkaitan melayu..tetapi, jangan dilupa bahawa mereka sangat menyanjung ISLAM dari segala aspek..


Kata Datuk Dr. Wan Azizah untuk menghapuskan ketuanan melayu adalah benar..ini kerana, dihujung alam nie ISLAM harus diutamakan..niat beliau bukan untuk menghapuskan perlembagaan 153-hak2 istimewa orasng melayu dan bumiputera, niat beliau adalah untuk menegakkan ISLAM..cuba korang fikir saudara kita yang beragama ISLAM tapi berbangsa lain, mereka x terbela..jangan fikir ini adalah fahaman politik, ini adalah fahaman menuju jalan Allah s.w.t..

Aku bukan nak menderhaka kepada sultan Selangor, baginda ada pendapat baginda sendiri..beliau pun memang seorang ketua agama ISLAM di Selangor, tanpa beginda Selangor mungkin akan pincang..tetapi harus diingatkan, jangan memikirkan kepentingan sendiri, fikirkanlah kepentingan sejagat, kepentingan ISLAM, kepentingan UMAT ISLAM..

Satu soalan yang aku ingin tujukan kepada saudaraku yang mempertahankan ketuanan melayu..adakah identiti melayu akan diambil kira jika kita ingin ke SYURGA yang kekal selamanya??tidak bukan???identiti yang akan dihitung adalah mereka yang beragama ISLAM, amal ibadatnya, bukan mereka yang berbangsa melayu..sebab itu aku ingin tegaskan yang aku x bangga menjadi melayu, tetapi aku bangga menjadi seorang ISLAM..

Wednesday, November 24, 2010

NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA TERAKHIR??


Salam semua,hahaha...aku bukan nak cakap pasal politik kali nie...takut aku, xpasal2 nanti kena tangkap plak..blogger sekarang nie kena laa berhati2...

ok, kenapa aku cakap PM kita sekarang nie yang terakhir??
aku akan susunkan senarai nie dan korang renung2 kan yee...


1st: R- tunku abdul Rahman
2nd: A- tun Abdul razak
3rd: H- tun Hussein
4th: M- tun Mahatir-sebelum tue Musa Hitam dipecat (M jugak)
5th: A- tun Abdullah ahmad badawi- sebelum tue Anwar Ibrahim (A jugak)
6th: N- Najib tun razak





kalau nak diikutkan kenapa senarai nama perdana menteri ikut nama TUNKU ABDUL RAHMAN??
kebetulan atau perancangan???
kita fikirkan laa yee...
mungkin jugak petanda kiamat..
:)
p/s: ade info berkenaan dr rozmey??

Monday, November 22, 2010

Appenditics- sakit tue...


APPENDIX!
Salam semua, huhu, lama aku x online..yelaaa, x pasal2 terlantar kat hospital 3 hari sebab appenditics...aku rasa aku kena nie betul2 paper final aku yang terakhir, aku keluar dewan jee terus sakit perut..aku ingatkan sakit biasa jee sebab perut aku sensitif sikit dengan makanan pedas nie, tapi makanan pedas tue laa yang aku suka pun...:P

aku pergi Klinik UIAM, dan doktor bagitau aku angin jeee...aku dah pelik, angin apa jadahnya sebab aku makan memang cukup malam sebelum tue..fuhhh, lepas kena jee satu injection terus ok, sempat laa juga aku balik Ipoh petang tue naik train KTMB..tapi dalam perjalanan aku memang menahan jee kesakitan perut...ubat angin, antibiotik dengan tahan muntah aku dah makan.,.apa masalah lagi??

sampai2 jee aku kat Ipoh aku terus berehat sebab esoknya tue kan Raya Haji, cadangnya nak pergi laa solat raya tapi x mampu nak bangun, so tengok jee laa orang solat raya kat TV..sardis gitu..

malam tue bapak aku pun dah x tahan tengok aku menahan kesakitan terus bawak aku pergi Klinik Che Wan kat Medan Kitt...lepas cek2 doktor geleng kepala, cadang apendix aku dah teruk, semakin membengkak..dia cakap sepatutnya semalam (Klinik UIAM) dah dapat detect tapi apa ubat yang aku dapat cuma ubat angin..terus aku diberi surat untuk ke General Hospital Ipoh..malam tue jugak aku kena admin..fuhhh, 1st day aku kat hospital sebagai pesakit memang sedih..

malam tue jugak doktor bagitau memang kena operate, then akak aku terus cakap ok...esoknya kau masuk bilik pembedahan pukul 8 pagi, memang cuak time tue...mana x nya, xpernah2 kena operate...tapi lepas bius jee terus x sedar apa, yang aku sedar jam 11pagi aku dalam wad dah..hahaha..

apa yang aku nak khabarkan kat sini, kalau korang rasa sakit korang x kurang lepas makan ubat, korang g laa klinik mana2 lagi..2 3 klinik pun xpe..aku sangat laa bernasib baik, kalau pecah apendix tue dalam perut memang aku akan lama dalam wad..huhu...nie aku sertakan apa itu appendictis:



RADANG APPENDIKS
Apa itu Apendiks?
Apendiks ialah tiub berhujung buntu yang pendek , kurus dan tersemat pada hujung sekum.
Fungsinya tidak diketahui oleh manusia. Bengkak pada apendiks di panggil Radang
Appendiks gambar rajah bahagian abdomen (bhg hujung usus sekum-apendiks)
Apa itu Radang Appendiks?
Radang appendiks ialah satu keadaan di mana appendiks menjadi bengkak
Apakah Penyebab Radang Apendiks?
Tidak diketahui sebabnya. Kadangkala mungkin di sebabkan appendiks tersumbat oleh sisa
makanan atau bengkak pada kelenjar limpa.
Apakah Tanda atau Gejala Radang Apendiks?
Gejala:
• Gejala utama ialah sakit di perut (abdomen). Sakit bermula di bahagian pusat tengah
dan kemudian ke bahagian bawah kanan perut (abdomen). Sakit akan bertambah
apabila bergerak, batuk atau bersin.
Gejala Lain yang berkaitan
• Demam (selalunya demam rendah tetapi boleh menjadi tinggi)
• Loya dan kadang-kala muntah
• Sembelit atau cirit-birit
• Kurang selera makan
• Abdomen membengkak
Tanda-Tanda:
• Sakit apabila menekan secara perlahan di bahagian bawah kanan perut.
• Bertambah sakit apabila tekanan tersebut dilepaskan
Ujian:
• Ujian Darah untuk mengesan tanda jangkitan
• Ujian Kencing untuk mengesan jangkitan salur kencing
Tiada satu ujian khusus untuk membuat dignosa penyakit Radang appendiks. Diagnosa
biasanya dibuat melalui penilaian klinikal. Diagnosa boleh menjadi sukar pada kanak-kanak
dan orang tua.
Apakah Bahayanya Radang Appendiks?
Risiko untuk mendapat komplikasi akan berlaku jika Radang appendiks tidak dirawat dengan
cepat seperti:-
• Pecah atau penembusan (perforation) pada appendiks, bolos atau keluarnya najis ke
dalam perut dan menyebabkan jangkitan di lapisan perut (Peritonitis) dan boleh
membawa maut.
• Himpunan nanah yang terbendung oleh tisu-tisu yang rosak dan bengkak
Apakah Rawatan untuk Radang Appendiks?
Rawatan pembedahan bagi mengeluarkan appendiks adalah diperlukan. Proses pemulihan
adalah cepat jika tiada komplikasi.