DariMataHatiku

DariMataHatiku

Clik!!Clik!!Clik!!!

Sunday, March 20, 2011

Tiada Jodoh? Bagaimana jikalau anda Bukan Seorang ARTIS


Salam, kes penceraian di Malaysia, xkira dalam kalangan artis mahupun insan awan yang biasa memang tersangat tinggi di Malaysia. Dimanakah silapnya? alasan yang biasa diberikan -tiada keserasian lagi, tiada jodoh, bawa haluan masing-masing. Sampai bila perkara sebegini akan berlaku? Cerai dihalalkan dalam Islam jika kena dengan cara, alasan dan waktunya.
Artis bercerai di Malaysia fenomena biasa. Mengapa? Kerana anda ada rupa, sesiapa saja anda mampu miliki? Fikirlaa secara waras!
Baru-baru ini kes penceraian Kekanda Dato' Siti Nurhaliza, Saida Tarudin muncal di media. Alasan yang diberikan agak sedikit berbeza dari alasan2 yang dikemukan di atas. "suami" Tidak menghormati arwah ayahanda dan mengongkong aktiviti seninya. Adakah alasan yang kukuh untuk memohon cerai di mahkamah syariah? Mahkamah saja yang mengerti.
Bagi aku, kalau laa Saida Tarudin tak masuk AF dan tidak menjadi artis, mungkin dia tidak akan bercerai. Mungkin saja, aku x nafikan yang Qada' Qadar dah ditentukan. tetapi kita diberi peluang untuk membetulkan keadaan. Ke sesi kaunseling adalah cara yang terbaik, tetapi ditolak secara buta2 oleh Saida. Mengapa? Andai anda bukan seorang artis, mungkin anak anda tidak perlu untuk SENGSARA dan TERSEKSA berkongsi kasih dengan orang lain di kemudian hari. 14 tahun, bukan satu masa yang pendek, mengapa tidak dulu, mengapa selepas menjadi artis?

--disudut hati aku :?

No comments:

Post a Comment