DariMataHatiku

DariMataHatiku

Clik!!Clik!!Clik!!!

Friday, October 21, 2011

Sekitar Perhimpunan Aman untuk Profesor Dr. Abdul Aziz Bari

diatas adalah gambaran sebenar kejadian kejar mengejar antara saudara Shamsul Iskandar dan pihak 'keselamatan' UIAM.
alhamduliilah, selesai sudah menyerahkan memorandum membantah kezaliman terhadap Prof. Dr. Abd Aziz Bari kepada rektor UIAM.
aku sempat juga meninjau perkembangan yg berlaku di perkarangan masjid SHAS.
Ramai mahasiswa dari IPTA yg lain turut menyertai perhimpunan ini. UPSI, UM, USIM dan pelajar UIAM sendiri.
gambar di atas diambil ketika pihak rektor berdiskusi dengan pemimpin pelajar mengenai penggantungan Prof. Dr. Aziz Bari.

pak guard, u are such an 'ant' here.

Thursday, October 20, 2011

Akibat Menegur Tindakan Sultan, Prof Aziz Bari Digantung


Salam, petang tadi gempar satu kampus bercerita tentang pengantungan Prof. Dr. Aziz Bari. Bagi yang kurang mengenali beliau, beliau adalah salah seorang tenaga pengajar di Kuliyah Undang-undang UIAM. Beliau juga lebih dikenali sebagai Pakar Perlembagaan Negara.
Tapi malangnya apabila terlalu lantang bersuara. Prof Dr Aziz Bari telah menjadi mangsa bahan dan objek politik bagi pihak-pihak tertentu. Apakah kesalahan yang beliau lakukan?
Hanya sekadar menegur perbuatan Sultan Selangor yang menyebelahi tindakan JIAS menyerbu DUMC baru-baru ini.
Apa sudah jadi dengan amalan kebebasan bersuara seorang akademia? Kalau mahu kekal lama dalam bidang ini, anda perlu terus membodek, mengipas, serta memuji mereka-mereka yang mempunyai kuasa 'veto'!
Kes yang telah terjadi terhadap beliau sudah lama ditanggung oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Hanya dengan melawan tindakan Tun Mahathir beliau telah dilucutkan jawatan sebagai timbalan Perdana Menteri.
Bukan sekadar di medan politik, budaya mengampu dan membodek semakin tersebar luas ke tempat-tempat kerja, malah universiti turut tidak terkecuali mempraktikkan budaya x sihat ini.

Sebagai mahasiswa, aku ingin menyuarakan pendapat aku terhadap kes yang menimpa Prof. Dr. Aziz Bari.
Beliau seorang yang bertanggungjawab. Memang menjadi tanggungjawab beliau untuk menyuarakan pendapat sebagai seorang ahli akademia. Jadi memang x sepatutnya UIAM mengambil langkah drastik mengantung tugas beliau. Walaupun bergaji namun ini boleh menjatuhkan reputasi beliau sebagai seorang pakar perlembagaan negar.
Dikhabarkan esok selepas selesai solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah akan diadakan demonstrasi aman oleh golongan mahasiswa untuk mengutuk tindakan UIAM mengantung tugas Prof. Dr. Aziz Bari. Hadir atau tidak, terpulang kepada anda.

Wednesday, October 19, 2011

Permulaan Baru Sebagai Penjaga Gol :)


Sem baru dah sebulan lebih mula. Aku plak tengah terkontang-kanting cari masa nak update blog. Xde masa sangat. Sibuk dengan kelas,  assignment, presentation, pilihanraya lagi, bola (yang x akan lekang dalam hidup aku) dan macam2 lagi.
Baru-baru nie Econs Champion League (ELC) datang lagi. Alhamdulillah, agak mengejutkan sebab aku masih lagi x dibolosi lepas 3 perlawanan. Dengan berkat bantuan kawan2 satu team jugak. Kalau x susah aku nak perform setiap game. Key to perform in every game is that play under stress! Jangan tekan aku sewaktu perlawanan, sebelum, dan selepas. And I am very glad, my friends in Fuiyoo FC team understand me.
TQ guys!!