DariMataHatiku

DariMataHatiku

Clik!!Clik!!Clik!!!

Tuesday, November 30, 2010

Perkasakan keTUANan ISLAM




Salam semua,

Korang sihat ke? Perkembangan kesihatan aku semakin baik, jahitan appendix aku pun dah dibuka semalam, tapi saying sebab ada ‘slightly gapping’ plak kat jahitan tue..so, aku kena laaa a wat ‘daily follow up’ kat klinik berhampiran..

Baiklah, berdasarkan entri kali nie, apa korang rasa??aku bukan nak menderhaka kepada sultan Selangor tapi bagi aku masing2 ada pandangan masing2..aku berada di pihak x berkepentingan, sebab tue aku pandang benda nie dari segi lain..

Kenapa perlu bangga jadi Melayu? Sedangkan itu hanyalah identiti pinjaman sahaja..yang kekal adalah identiti ISLAM..korang x bangga jadi ISLAM??memang x dinafikan orang barat banyak mengangkat keistimewaan melayu, tanah melayu dan sebagainya berkaitan melayu..tetapi, jangan dilupa bahawa mereka sangat menyanjung ISLAM dari segala aspek..


Kata Datuk Dr. Wan Azizah untuk menghapuskan ketuanan melayu adalah benar..ini kerana, dihujung alam nie ISLAM harus diutamakan..niat beliau bukan untuk menghapuskan perlembagaan 153-hak2 istimewa orasng melayu dan bumiputera, niat beliau adalah untuk menegakkan ISLAM..cuba korang fikir saudara kita yang beragama ISLAM tapi berbangsa lain, mereka x terbela..jangan fikir ini adalah fahaman politik, ini adalah fahaman menuju jalan Allah s.w.t..

Aku bukan nak menderhaka kepada sultan Selangor, baginda ada pendapat baginda sendiri..beliau pun memang seorang ketua agama ISLAM di Selangor, tanpa beginda Selangor mungkin akan pincang..tetapi harus diingatkan, jangan memikirkan kepentingan sendiri, fikirkanlah kepentingan sejagat, kepentingan ISLAM, kepentingan UMAT ISLAM..

Satu soalan yang aku ingin tujukan kepada saudaraku yang mempertahankan ketuanan melayu..adakah identiti melayu akan diambil kira jika kita ingin ke SYURGA yang kekal selamanya??tidak bukan???identiti yang akan dihitung adalah mereka yang beragama ISLAM, amal ibadatnya, bukan mereka yang berbangsa melayu..sebab itu aku ingin tegaskan yang aku x bangga menjadi melayu, tetapi aku bangga menjadi seorang ISLAM..

Wednesday, November 24, 2010

NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA TERAKHIR??


Salam semua,hahaha...aku bukan nak cakap pasal politik kali nie...takut aku, xpasal2 nanti kena tangkap plak..blogger sekarang nie kena laa berhati2...

ok, kenapa aku cakap PM kita sekarang nie yang terakhir??
aku akan susunkan senarai nie dan korang renung2 kan yee...


1st: R- tunku abdul Rahman
2nd: A- tun Abdul razak
3rd: H- tun Hussein
4th: M- tun Mahatir-sebelum tue Musa Hitam dipecat (M jugak)
5th: A- tun Abdullah ahmad badawi- sebelum tue Anwar Ibrahim (A jugak)
6th: N- Najib tun razak





kalau nak diikutkan kenapa senarai nama perdana menteri ikut nama TUNKU ABDUL RAHMAN??
kebetulan atau perancangan???
kita fikirkan laa yee...
mungkin jugak petanda kiamat..
:)
p/s: ade info berkenaan dr rozmey??

Monday, November 22, 2010

Appenditics- sakit tue...


APPENDIX!
Salam semua, huhu, lama aku x online..yelaaa, x pasal2 terlantar kat hospital 3 hari sebab appenditics...aku rasa aku kena nie betul2 paper final aku yang terakhir, aku keluar dewan jee terus sakit perut..aku ingatkan sakit biasa jee sebab perut aku sensitif sikit dengan makanan pedas nie, tapi makanan pedas tue laa yang aku suka pun...:P

aku pergi Klinik UIAM, dan doktor bagitau aku angin jeee...aku dah pelik, angin apa jadahnya sebab aku makan memang cukup malam sebelum tue..fuhhh, lepas kena jee satu injection terus ok, sempat laa juga aku balik Ipoh petang tue naik train KTMB..tapi dalam perjalanan aku memang menahan jee kesakitan perut...ubat angin, antibiotik dengan tahan muntah aku dah makan.,.apa masalah lagi??

sampai2 jee aku kat Ipoh aku terus berehat sebab esoknya tue kan Raya Haji, cadangnya nak pergi laa solat raya tapi x mampu nak bangun, so tengok jee laa orang solat raya kat TV..sardis gitu..

malam tue bapak aku pun dah x tahan tengok aku menahan kesakitan terus bawak aku pergi Klinik Che Wan kat Medan Kitt...lepas cek2 doktor geleng kepala, cadang apendix aku dah teruk, semakin membengkak..dia cakap sepatutnya semalam (Klinik UIAM) dah dapat detect tapi apa ubat yang aku dapat cuma ubat angin..terus aku diberi surat untuk ke General Hospital Ipoh..malam tue jugak aku kena admin..fuhhh, 1st day aku kat hospital sebagai pesakit memang sedih..

malam tue jugak doktor bagitau memang kena operate, then akak aku terus cakap ok...esoknya kau masuk bilik pembedahan pukul 8 pagi, memang cuak time tue...mana x nya, xpernah2 kena operate...tapi lepas bius jee terus x sedar apa, yang aku sedar jam 11pagi aku dalam wad dah..hahaha..

apa yang aku nak khabarkan kat sini, kalau korang rasa sakit korang x kurang lepas makan ubat, korang g laa klinik mana2 lagi..2 3 klinik pun xpe..aku sangat laa bernasib baik, kalau pecah apendix tue dalam perut memang aku akan lama dalam wad..huhu...nie aku sertakan apa itu appendictis:



RADANG APPENDIKS
Apa itu Apendiks?
Apendiks ialah tiub berhujung buntu yang pendek , kurus dan tersemat pada hujung sekum.
Fungsinya tidak diketahui oleh manusia. Bengkak pada apendiks di panggil Radang
Appendiks gambar rajah bahagian abdomen (bhg hujung usus sekum-apendiks)
Apa itu Radang Appendiks?
Radang appendiks ialah satu keadaan di mana appendiks menjadi bengkak
Apakah Penyebab Radang Apendiks?
Tidak diketahui sebabnya. Kadangkala mungkin di sebabkan appendiks tersumbat oleh sisa
makanan atau bengkak pada kelenjar limpa.
Apakah Tanda atau Gejala Radang Apendiks?
Gejala:
Gejala utama ialah sakit di perut (abdomen). Sakit bermula di bahagian pusat tengah
dan kemudian ke bahagian bawah kanan perut (abdomen). Sakit akan bertambah
apabila bergerak, batuk atau bersin.
Gejala Lain yang berkaitan
Demam (selalunya demam rendah tetapi boleh menjadi tinggi)
Loya dan kadang-kala muntah
Sembelit atau cirit-birit
Kurang selera makan
Abdomen membengkak
Tanda-Tanda:
Sakit apabila menekan secara perlahan di bahagian bawah kanan perut.
Bertambah sakit apabila tekanan tersebut dilepaskan
Ujian:
Ujian Darah untuk mengesan tanda jangkitan
Ujian Kencing untuk mengesan jangkitan salur kencing
Tiada satu ujian khusus untuk membuat dignosa penyakit Radang appendiks. Diagnosa
biasanya dibuat melalui penilaian klinikal. Diagnosa boleh menjadi sukar pada kanak-kanak
dan orang tua.
Apakah Bahayanya Radang Appendiks?
Risiko untuk mendapat komplikasi akan berlaku jika Radang appendiks tidak dirawat dengan
cepat seperti:-
Pecah atau penembusan (perforation) pada appendiks, bolos atau keluarnya najis ke
dalam perut dan menyebabkan jangkitan di lapisan perut (Peritonitis) dan boleh
membawa maut.
Himpunan nanah yang terbendung oleh tisu-tisu yang rosak dan bengkak
Apakah Rawatan untuk Radang Appendiks?
Rawatan pembedahan bagi mengeluarkan appendiks adalah diperlukan. Proses pemulihan
adalah cepat jika tiada komplikasi.

Saturday, November 13, 2010

Rozmey jilat LUDAHNYA sendiri!!


Rozmey tarik balik keKURANGan AJARnya??
Salam semua,
haha, tomorrow is my last paper for this sem..
cuak gak sebab nie subjek Sociological Theory, pening nak kena menghafal semua theory2 yang ada dalam Sociology..
huhu, apa yang korang pikir time baca entri kali nie???
tadi aku baca KOSMO! 14 november 2010 dah ter'serempak' plak dengan artikel mamat berambut jelik nie..
nak2 x nak memang akan terserempak kalau dah beli KOSMO!
aku belik KOSMO! pun sebab murah je, rm0.70 jeee..hehe
dalam kenyataan dia tadi dia cakap nak sambung legasi ALlahyarham TanSri P.Ramlee!!!
hahaha, apasal hari tue kau dah kutuk dia Lagenda nie tapi hari nie kau cakap lain plak??
kau ingat kalau kau cakap macam nie orang nak g tengok filem kau????
KIMSALAM!!



p/s: jangan sampai Allah swt tarik nikmat yang kau  PINJAM tue...jangan TAKBUR!

Friday, November 12, 2010

Raja Farah bernikah-Awalnya???


Salam,
wahhhh, Raja Farah dah kawin dah..
hhuuhu, pada usia 22 tahun beliau memilih jejeka bernama Megat Bashirun Quy yang berumur 25..
xawal sgt ke untuk seorang artis berkahwin pada usia sebegitu???
kebarangkalian untuk penceraian berlaku sangat2 tinggi..
contohnya Ann Ngasri..

papepun Tahniah kepada kedua mempelai!!!
Kosmo untuk maklumat lanjut..

Tuesday, November 9, 2010

Rozmey Jusmate 5 semakin kurang ajar!


salam semua,
panas x entri aku kali nie??
haha,memang aku kurang puas hati betul dengan mamat berambut pelik nie..
ehhhh, jap2..korang kenal ke mamat jusmate 5 yang makan terus jadi langsing tue???
alaa, selalu keluar kat KOSMO! pasal filem 2alam die tue...
alaa, yang nak kutip rm 40 juta tue...
alaaaaa...
macam mana lagi aku nak kenal kan mamat nie??
korang beli KOSMO! esok, korang belek jee..
(xpasal plak aku promote KOSMO!)
ade satu page penuh tue die punya..
yang rambut pelik tue dia laa tue..
tapi korang tengok jee gambar kat atas tue...
ok??hahaha..
xbaik nak cakap bukan2 pasal die nie..
yang aku kurang puas hati dengan die adalah berkenaan kenyataan mamat nie dalam KOSMO! 8 november 2010 yang terang2 memperlekehkan kredibiliti perfileman Melayu dari zaman Allahyarham Tan sri P.Ramlee sampai sekarang..wahhh, nie sudah lebih baiiii...
awak terang2 cakap Tan Sri P.Ramlee punya filem x bagus dan GAGAL??
ok, kite tengok filem beliau, RM 40, 000,000 kan???
kite tengok filem beliau boleh x bertahun selama 40tahun..
kite tengok berapa yang beliau dapat nanti...
filem 2 alam nie dah laa MENIRU poster filem lain..
oh!artis : info

RIAK! TAKBUR! SOMBONG!
jangan ingat semua harta awak tue awak yang punya..
Allah swt bagi rezeki tue untuk dikongsi bersama, bukan untuk diRIAK atau diSOMBONGkan..
kalau Allah swt tarik balik nikmat tue???
tolong laaa, filem BOXOFFICE melayu yang terbaik sekarang nie cuma lah filem ADNAN SEMPIT..
filem komedi memang dekat dengan hati penonton MALAYSIA..
tapi filem nie, 2 alam. yang bergenre seram tanpa hantu, ngeri tanpa dialogue, takut tanpa kata2..leh pakai ke??
untuk bagi korang bukti yang rozmey nie kritik filem2 dulu aku akan tunjuk kat korang..


betul x ape yang aku cakap??
40tahun lepas??
zaman kegemilangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..
harap rozmey minta maaf secara terbuka kepada masyarakat Malaysia diatas kekurangan ajar nye..
p/s: wonder, berapa kali dalam seminggu beliau ke salon???

Monday, November 8, 2010

Indonesia=Bencana.Mengapa???

Salam sume,
pada mula sekali marilah kita sedekah Al-Fatihah kepada mangsa2 Gunung Merapi yang beragama Islam..
Al-Fatihah........................................
wahh, lame jugak aku x post entri yang baru..
sangat2 sibuk sekarang nie..
berperang dengan final exam..
study macam orang nak wat thesis je..haha
lambat lagi tue..
ok2, berkenaan dengan tajuk entri aku kali nie..kenapa korang rase???kesian aku tengok orang Indonesia, tp ade ke dorang kesian kat kite???huhuhu..
baru2 nie bencana GUNUNG BERAPI MERAPI memuntahkan lahar yang telah meragut hampir 400nyawa..korang bayangkan lah, Yogyakarta tue sebesar negeri Kedah, kalau jadi kat Malaysia??mana nak lari kawan???huhu...
dulu TSUNAMI lepas tue GEMPA BUMI, sekarang???lepas nie??akan datang??ohhh tidakkkkk.....
jom kita siasat, apakah sebab bencana alam amat 'meyukai' Indonesia..

DARI MATA:
berkenaan dengan bencana yang x abeh2 menimpa Republik Indonesia..kesian budak2 kecik, awal usia dah xde mak bapak..yang isteri jadi balu, yang si suami jadi duda, yang si anak jadi piatu..ape2 pun kite kena ingat, bencana nie datang dari Allah swt..so kite kena laa kembali kepadaNya untuk dapatkan jawapan mengenai tajuk entri aku kali nie..
bagi yang x bersetuju tue harap2 dapat laa bagi komen yang memberansangkan otak aku yang tengah serabut nie..haha...
banyak jugak akta2 atau pun undang2 negara Indonesia yang x selari dengan ajaran Islam..perkahwinan berlainan agama sebagai contoh..dibenarkan ke dalam Islam??kalau dibenarkan pun hanya dengan Ahlil-Kitab jee xsilap aku..tapi fenomena yang terjadi di Indonesia??Kristian kahwin dengan Islam, Islam kahwin dengan Buddha..susah laa macam nie..anak korang nanti nak masuk sebelah mana??
satu lagi yang aku betul2 kecewa dengan Indonesia yang merupakan seNusantara dengan Malaysia adalah dorang punya sistem Perfileman..

wahhh, hebat2 filem Indonesia sekarang..untuk pengetahuan korang, adegan2 18SX dalam filem Indonesia memang dah lama ada..sejak tahun 1980an lagi..pelakon Malaysia pun ada terlibat jugak dalam produksi filem tue..seingat aku Raja Emma yang berlakon dalam filem ^&*%*( yang memaparkan adegan malam pertama..fuhh, berderau darah aku bile dapat tau pelakon Malaysia pun terlibat jugak..mungkinkah bencana jugak akan menimpa Malaysia??Allah swt jee yang Maha Mengetahui...
selain itu, politik kat Indonesia pun xsebersih yang dikhabarkan..banyak penyelewengan yang berlaku dari zaman Suharto sampai Bambang..ape info yang aku dapat nie sebenarnya leh dipercayai sebabnya datang sendiri dari Indonesia..sooooooo??

tapi megikut sains plak, x dinafikan bahawa Indonesia merupakan negara yang paling x strategik tempatnya..boleh mengundang bahaya kerana bermacam2 bencana alam yang boleh berkalu sebagai contoh TSUNAMI, GUNUNG BERAPI dan GEMPA BUMI..terletak betul2 di selatan Asia Tenggara, tempat yang tidak sesuai untuk didiami..tetapi mempunyai sumber2 asli yang amat banyak samapai satu ketika dulu menarik perhatian Belanda..yabg baru aku dapat berita tadi, sekarang masih ada 10 lagi GUNUNG BERAPI yang aktif kat Indonesia..syukur rasanya aku hidup kat Malaysia...
DARI HATI:
nak salahkan siapa???aku serahkan kat korang untuk buat keputusan sebab benda nie subjektif sangat..berkenaan dengan filem tadi, kat Malaysia pun dah mula ada usaha untuk membuat filem bercorak 18SX..contohnya filem terbaru yang belum lagi ditayang..

HAQ, adegan (*^*%* Adi Putra dengan Nanu Baharuddin..fuhhh..mengapakah perlu untuk mmenyelitkan adegan nie??kata Adi Putra adegan berkenaan adalah sebagai penarik penonton ke pawagam..pe kes??huhu, xde cara yang sopan lagi ke sebagai Melayu walaupun kau bukan Melayu Malaysia..???kalau nak fikir2kan, mungkinkah bencana alam yang terjadi kat Kedah, Perlis ada kena mengena dengan Filem nie??xtau laa nak cakap..Allah Maha Mengetahui...
Kalau politik plak??
hmmm, pembangkang ke, kerajaan ke semua ade penyelewengan masing2..macam mana Malaysia nak selamat kalau macam nie???

p/s...doakan kesejahteraan penduduk Indonesia dan Malaysia kerana kita serumpun..No Ganyang2 yaa..
:P

Thursday, November 4, 2010

Kembalilah ke Islam wahai SAHABATku..


Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu; dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman".
(Surah Yunus, ayat 57)

Salam semua,
hari nie aku nak berkongsi cerita suka dan duka seorang yang tahu tentang agama tetapi lupa untuk menggunakan ia sebagai pegangan hidup..

dalam Al-Quran pun banyak cerita2 tentang kembali ke jalan Allah..

aku nie bukannya Ustaz nak cakap pasal benda2 nie, tp aku rasa ini sebagai satu tanggungjawab untuk membantu sahabat2ku, saudara2ku, dan umat Islam berkenaan dengan betapa untungnya kita dilahirkan dengan Islam..kalau ada salah silap tolong betulkan aku ye sahabat..

DARI MATA: Sahabat Rasullullah s.a.w pun banyak jugak dari jahil ke Khalifah ternama..
Umar Al-Khattab, seorang pejuang Islam yang xperlu untuk aku kenalkan..
seorang Khalifah, seorang sahabat Rasulullah s.a.w..

Oleh itu, aku selitkan sedikit tentang ‘kepulangan’ beliau ke Islam..

Beliau memeluk Islam ketika tahun ke 6 kenabian dan berumur 27 tahun. Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita gembira kepada seluruh umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat dengan kehadiran Umar..

Rasulullah SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam" Hadtih riwayat At-Thabarani..Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa : "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab"
Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata :

"Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"

Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ramai para2 sahabat bertanya kepada beliau bagaimana cara beliau mendapat gelaran sedemikian, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW : "Benar"..Aku bertanya lagi : "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq ! 
Dengan islamnya Saidina Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa berada dalam ketakutan telah menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan  di BaitulLah   khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada kekuatan yang ada pada Umar. .


Baiklah, ckup dengan Saidina Umar al-khattab, seorang pejuang Islam dan uga seorang sahabat yang paling rapat dengan Nabi Muhammad s.a.w..

Seterusnya aku nak cerita pula bagaimana srikandi Islam iaitu Rabiatul Adawiyah yang kembali ke jalan Allah..

Sebelum beliau ‘pulang’ beliau adalah seorang penari dan penyanyi kepada sultan ketika itu. Beliau diberikan kekeyaan dan harta yang banyak..tetapi ada satu peristiwa yang membuat beliau terfikir untuk tidak lagi ‘melayan’ sultan dengan nyanyian dan tariannya..beliau menyerahkan diri kepada Allah dengan sebaik mungkin. Ada kala beliau diseksa kerana telah beribadah kepada Allah dan tidak mahu melayan kehendak sultan. Tetapi selepas beliau diseksa dengan bermacam2 seksaan sultan pun akur dengan KEIMANAN beliau dan melepaskannya..

Haaaa, aku teringat pula satu cerita melibatkan penyanyi nasyid yang paling aku minat dengan suaranya yang lunak merdu sampai satu ketika mendapat perhatian dari Queen Elizabeth!!!

Saudara Nazrey, bekas vokalis utama kumpulan Raihan..dulu aku pernah melihat satu program temubual beliau di tv dan tertarik dengan penghijrahan beliau ke Islam..
Beliau berasal dari Sabah dan dilahirkan dari keluarga Christian. Setiap hari ahad beliau akan dibawa oleh keluarganya untuk ke gereja untuk menjalankan perhimpunan minggguan penganut Kristian. Tetapi entah bagaimana beliau ketika kecil sedikit nakal dan jarang untuk ke gereja pada hari ahad dan ada satu peristiwa beliau sampai bersembunyi dibawah meja untuk tidak ke gereja. Mungkin pada ketika itu beliau sudah menemui cahaya Islam. Dan beliau telah memeluk Islam dan terus kekal dalam Islam dan menjadi pendakwah bebas ketika ini..

DARI HATI: Banyak lagi cerita yang aku nak kongsikan bersama sahabat2..
Tapi masa x megizinkan, biasalah, “examination period”
Baiklah, diharapkan agar kisah2 dan peristiwa2 diatas dapat memberi kita petunjuk yang Islam adalah agama terbaik dan kita harushlah bersyukur kerana dilahirkan terus menjadi Islam..
Tetapi bagi aku, Islam saudara baru ataupun muallaf lebih berkualiti dari Islam kita yang dilahhirkan Islam..

Hayatilah sahabat..

p/s : kembalilah ke jalan Allah, kerana masa semakin singkat..