Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu; dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman".
(Surah Yunus, ayat 57)
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu; dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman".
(Surah Yunus, ayat 57)
hari nie aku nak berkongsi cerita suka dan duka seorang yang tahu tentang agama tetapi lupa untuk menggunakan ia sebagai pegangan hidup..
dalam Al-Quran pun banyak cerita2 tentang kembali ke jalan Allah..
aku nie bukannya Ustaz nak cakap pasal benda2 nie, tp aku rasa ini sebagai satu tanggungjawab untuk membantu sahabat2ku, saudara2ku, dan umat Islam berkenaan dengan betapa untungnya kita dilahirkan dengan Islam..kalau ada salah silap tolong betulkan aku ye sahabat..
DARI MATA: Sahabat Rasullullah s.a.w pun banyak jugak dari jahil ke Khalifah ternama..
Umar Al-Khattab, seorang pejuang Islam yang xperlu untuk aku kenalkan..
seorang Khalifah, seorang sahabat Rasulullah s.a.w..
Oleh itu, aku selitkan sedikit tentang ‘kepulangan’ beliau ke Islam..
Beliau memeluk Islam ketika tahun ke 6 kenabian dan berumur 27 tahun. Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita gembira kepada seluruh umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat dengan kehadiran Umar..
Rasulullah SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam" Hadtih riwayat At-Thabarani..Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa : "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab"
Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata :
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ramai para2 sahabat bertanya kepada beliau bagaimana cara beliau mendapat gelaran sedemikian, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"
Jawab Rasulullah SAW : "Benar"..Aku bertanya lagi : "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"
Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq !
Dengan islamnya Saidina Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa berada dalam ketakutan telah menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada kekuatan yang ada pada Umar. .
Baiklah, ckup dengan Saidina Umar al-khattab, seorang pejuang Islam dan uga seorang sahabat yang paling rapat dengan Nabi Muhammad s.a.w..
Seterusnya aku nak cerita pula bagaimana srikandi Islam iaitu Rabiatul Adawiyah yang kembali ke jalan Allah..
Sebelum beliau ‘pulang’ beliau adalah seorang penari dan penyanyi kepada sultan ketika itu. Beliau diberikan kekeyaan dan harta yang banyak..tetapi ada satu peristiwa yang membuat beliau terfikir untuk tidak lagi ‘melayan’ sultan dengan nyanyian dan tariannya..beliau menyerahkan diri kepada Allah dengan sebaik mungkin. Ada kala beliau diseksa kerana telah beribadah kepada Allah dan tidak mahu melayan kehendak sultan. Tetapi selepas beliau diseksa dengan bermacam2 seksaan sultan pun akur dengan KEIMANAN beliau dan melepaskannya..
Haaaa, aku teringat pula satu cerita melibatkan penyanyi nasyid yang paling aku minat dengan suaranya yang lunak merdu sampai satu ketika mendapat perhatian dari Queen Elizabeth!!!
Saudara Nazrey, bekas vokalis utama kumpulan Raihan..dulu aku pernah melihat satu program temubual beliau di tv dan tertarik dengan penghijrahan beliau ke Islam..
Beliau berasal dari Sabah dan dilahirkan dari keluarga Christian. Setiap hari ahad beliau akan dibawa oleh keluarganya untuk ke gereja untuk menjalankan perhimpunan minggguan penganut Kristian. Tetapi entah bagaimana beliau ketika kecil sedikit nakal dan jarang untuk ke gereja pada hari ahad dan ada satu peristiwa beliau sampai bersembunyi dibawah meja untuk tidak ke gereja. Mungkin pada ketika itu beliau sudah menemui cahaya Islam. Dan beliau telah memeluk Islam dan terus kekal dalam Islam dan menjadi pendakwah bebas ketika ini..
DARI HATI: Banyak lagi cerita yang aku nak kongsikan bersama sahabat2..
Tapi masa x megizinkan, biasalah, “examination period”
Baiklah, diharapkan agar kisah2 dan peristiwa2 diatas dapat memberi kita petunjuk yang Islam adalah agama terbaik dan kita harushlah bersyukur kerana dilahirkan terus menjadi Islam..
Tetapi bagi aku, Islam saudara baru ataupun muallaf lebih berkualiti dari Islam kita yang dilahhirkan Islam..
Hayatilah sahabat..
p/s : kembalilah ke jalan Allah, kerana masa semakin singkat..
No comments:
Post a Comment