DariMataHatiku

DariMataHatiku

Clik!!Clik!!Clik!!!

Friday, September 9, 2011

Antara Pengganas atau Pejuang, Nasib Mat Indra Harus Dibela!

                                                      
Salam, dah lama sangat aku x update blog. Almaklum laa, sibuk sikit dengan ibadah puasa dan hari perayaan aidilfitri.

Aku rasa terpanggil kali ini untuk menulis tentang Mat Indra. Isu yang dibangkitkan oleh Naib Presiden Pas, Mat Sabu dalam satu ceramah beliau.
Pada pendapat aku, Mat Sabu mempunyai alasan tersendiri tentang Mat Indra. Bagi aku, Mat Sabu menganggap British sebagai penjajah. Namun, lain pula bagi seorang 'Prosefor' -Zainal Keling yang menganggap British sebagai pelindung.
Bagi si profesor, beliau akan melihat Mat Indra sebagai pengganas kerana menentang Polis British yang telah menjadi pelindung bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Namun, perspektif Mat Sabu berbeza apabila beliau melihat British sebagai penjajah. Yang menentang penjajah seharusnya dilabel sebagai pejuang.

Setelah meneliti rakaman ceramah Mat Sabu, aku akui beliau sangat lantang dalam isu ini. Beliau juga tak melabelkan Mat Indra sebagai komunis. Tetapi, memberitahu para hadirin bahawa pergerakan Mat Indra dalam menuntut KEMERDEKAAN melalui gerakan gerilla - ala-ala komunis.

Ada 2 cara Tanah Melayu memperjuankan KEMERDEKAAN.
1-Melalui gerakan gerilla menentang British dan penjajah2 lain. Seperti contoh, Mat Kilau, Tok Janggut, Mat Salleh, Mat Indra dan sebagainya.
2-Gerakan aman melalui perbincangan yang diketuai sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.

Anda mempunyai alasan dan pandangan tersendiri tentang isu ini.
Mat Indra ialah seorang bangsa Melayu, beragama Islam, menuntut KEMERDEKAAN dari British melalui gerakan gerilla. Aku nak pesan sikit kat pewaris2 polis2 British zaman itu, bapa2 atau atuk2 anda bukan bekerja dengan British, tapi untuk British.

No comments:

Post a Comment